Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Polis berjaya menyelamatkan 10 wanita warga Indonesia yang disyaki menjadi mangsa pemerdagangan manusia dalam satu
operasi di sebuah rumah di Taman Intan dekat Sungai Petani, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda ACP Md Zukir Md Isa berkata, kesemua mangsa berusia 20 hingga 50 tahun yang mempunyai pas perjalanan itu dikatakan dipaksa bekerja sebagai tukang cuci.

Serbuan kira-kira 9.45 malam dijalankan hasil maklumat awam dan risikan itu turut membawa kepada penahanan seorang wanita tempatan berusia 51 tahun yang mengaku sebagai tuan rumah tersebut.

"Pemeriksaan yang dibuat di rumah terbabit mendapati terdapat dua wanita warga Indonesia berusia 20 dan 22 tahun sedang membersihkan sarang burung di ruang tengah rumah berkenaan.

"Pemeriksaan lanjut di bilik belakang rumah tersebut mendapati terdapat
lapan wanita warga Indonesia yang sedang duduk," katanya menerusi satu kenyataan di Sungai Petani, hari ini.

Suspek wanita tersebut ditahan reman selama lima hari bermula hari ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 12 Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran (ATIPSOM) 2007, katanya.

-Bernama

Lihat Komen
ADS