Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Guan Eng: Catuan air bukan pilihan di Pulau Pinang

Pulau Pinang akan terus mengambil langkah-langkah tegas untuk menjamin tidak akan berlaku catuan air, dan pelabur dijamin mempunyai bekalan air yang berterusan.

Ketua Menteri Lim Guan Eng berkata, walaupun musim kemarau, Pulau Pinang tidak pernah menjalankan sebarang catuan air - satu pencapaian yang ketara.

Beliau mengaitkan kejayaan itu dengan kecekapan pengurusan Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang (PBAPP).

PBAPP bukan sahaja menguruskan air, tetapi juga mencari sumber air alternatif untuk mengelakkan keperluan untuk catuan, kata Lim di Pulau Pinang hari ini.

"Banyak negeri menghadapi isu air; di Johor, empangannya kering walaupun ia musim hujan; di Pulau Pinang, empangan Ayer Itam hampir penuh, manakala empangan Teluk Bahang lebih 55 peratus, tetapi kami harap dapat mengisinya pada musim hujan nanti.

"Walaupun kita tidak mempunyai taburan hujan yang tinggi, namun kita tidak pernah mencatu air, ini adalah jaminan yang boleh kita berikan kepada semua pelabur, kami tidak akan membenarkan ia berlaku," kata Lim.

"Saya katakan sebelum ini dan akan katakan sekali lagi. Saya dituduh agak keras dalam soal catuan air, jika perlu, ada yang akan dipecat.

"Jika ada yang mencadangkan catuan air, saya akan tuntut peletakan jawatan ketua (PBAPP)," katanya.

Lim berkata, akibat dasar itu, pihak pengurusan berusaha keras untuk memastikan bekalan air mencukupi dan adanya sumber alternatif sekiranya berlaku kemarau yang berpanjangan.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS