Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AMANAH: Selangor kekal milik HARAPAN jika pilihan raya awal

Parti Amanah Negara (AMANAH) yakin Pakatan Harapan (HARAPAN) dapat mengekalkan negeri Selangor sekiranya pilihan raya awal diadakan, kata pengarah komunikasinya Khalid Samad.

Katanya, dengan persempadanan sedia ada, Pakatan Harapan yang terdiri daripada PKR, DAP dan AMANAH mampu menang walaupun wujud pertandingan tiga penjuru dengan penyertaan PAS.

Namun, menurut Khalid yang juga adalah ahli parlimen Shah Alam, keadaan akan menjadi sebaliknya sekiranya Suruhanja Pilihan Raya (SPR) meneruskan rancangan mereka untuk mengadakan persempadanan semula.

“Sekiranya persempadanan baru ditolak dan PAS masih mahu pertandingan tiga penjuru, masih ada harapan untuk kekalkan Selangor di bawah kepimpinan Pakatan Harapan dan rakan gabungan parti pembangkang.

“Tetapi sekiranya persempadanan baru dikuatkuasakan dan PAS bertanding secara tiga penjuru, maka harapan untuk selamatkan Selangor dari BN hampir tiada,” katanya kepada pemberita di pejabatnya di Shah Alam.

Beliau juga mendakwa cadangan persempadanan semula SPR adalah usaha untuk mengekalkan BN sebagai kerajaan dalam keadaan rakyat menolaknya.

“Ia merupakan cadangan yang sarat dengan ketidakadilan dan pemetaan secara tidak masuk akal demi memenuhi kepentingan BN,” katanya.

[Berita penuh menyusul]

Lihat Komen
ADS