Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis tahan isteri bantu siasatan kes bunuh tiga beranak

Seorang wanita ditahan reman lima hari mulai hari ini bagi membantu siasatan kes bunuh tiga beranak di sebuah rumah sewa tingkat dua di Apartment Nova, Taman Sri Sinar, Segambut di Kuala Lumpur.

Ketua Polis Daerah Sentul ACP R.Munusamy berkata wanita berusia 35 tahun itu merupakan isteri Cheah Hing Soon, 34, serta ibu kanak-kanak perempuan Cheah Kai Sze, 3, dan bayi lelaki tujuh bulan Cheah Kai Wen yang kesemuanya dijumpai mati di dalam dua bilik di unit pangsapuri itu.

Beliau berkata wanita itu memberi keterangan bercanggah menyebabkan polis menahannya untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Polis memerlukan masa untuk mengenal pasti punca sebenar
kejadian kerana kenyataan suspek sentiasa bercanggah.

"Setakat ini, kita tidak mengambil kenyataan individu lain kecuali suspek
dan dua lagi anak lelakinya yang berusia enam dan lapan tahun," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Mengenai hasil bedah siasat, Munusamy berkata ia masih dijalankan.
Semalam, mayat lelaki itu dan dua anaknya dijumpai di rumah sewa mereka di pangsapuri itu.

Mayat kedua-dua kanak-kanak itu dijumpai dalam dua bekas simpan barang besar yang ditutup dengan plastik manakala mayat lelaki itu ditemukan dalam keadaan terlentang di bilik tidur utama.

Susulan itu, polis menahan isteri mangsa semalam.
-Bernama

Lihat Komen
ADS