Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Kenapa Zahid tak guna bahasa kebangsaan di PBB, soal PAS
Diterbitkan:  Sep 27, 2016 9:38 PM
Dikemaskini: 1:43 PM

Ramai terlibat dalam perbincangan mengenai kemahiran Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi berbahasa Inggeris dalam ucapannya di Perhimpunan Agung Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) minggu lepas.

Bagaimanapun Naib Presiden PAS, Datuk Iskandar Samad mempersoalkan mengapa Zahid harus berucap dalam bahasa Inggeris sama sekali.

"Orang ramai mengejek ucapan timbalan perdana menteri kita di Perhimpunan Agung PBB tetapi mengapa anda harus bercakap dalam bahasa Inggeris? Mengapa tidak dalam bahasa kebangsaan kita?" Soal Iskandar di Facebook hari ini.

Beliau merujuk ramai pemimpin dari negara-negara lain tidak menggunakan bahasa Inggeris di PBB kerana berbangga dengan bahasa ibunda mereka sendiri.

Meskipun posting itu sendiri ditulis dalam bahasa Inggeris, Iskandar menjelaskan sebab berbuat demikian.

"Jadi mengapa saya menulis ini dalam bahasa Inggeris? Demi manfaat rakan-rakan Facebook di seluruh dunia," katanya.

Zahid mengetuai delegasi Malaysia ke Perhimpunan Agung PBB ke-71 di New York dan menyampaikan ucapan beliau Sabtu lepas.

Selepas ucapan tersebut, netizen mengkritik kemahiran bahasa Inggerisnya kerana kebanyakan sebutan terhadap perkataan tertentu tidak jelas.

Namun pengasas bersama Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) Syed Saddiq Syed Abdul Rahman menyatakan kekecewaannya terhadap tindakan memperlekeh usaha Zahid berucap dalam bahasa Inggeris.

Bekas pendebat terbaik Asia itu berkata walaupun terdapat kesalahan sebutan, mesej yang hendak disampaikan masih boleh difahami.

“Beliau (Zahid) ada pilihan untuk bertutur dalam bahasa Malaysia tetapi tetap pilih untuk mengambil jalan yang lebih sukar,” katanya.

Lihat Komen
ADS