Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Maximus: Pelaku di sebalik pencemaran loji rawatan air perlu dihukum
Diterbitkan:  Sep 28, 2016 6:31 AM
Dikemaskini: Sep 28, 2016 2:17 AM

Pelaku di sebalik pencemaran air yang mengakibatkan penutupan loji rawatan air Semenyih dan gangguan air di Selangor perlu dihukum, kata Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air Datuk Seri Dr Maximus Ongkili.

Beliau berkata pihak berkuasa masih menyiasat sumber pencemaran itu, dan menambah, ia mungkin berpunca daripada sektor perindustrian yang berhampiran.

Pihak berkuasa negeri dan persekutuan, katanya, bekerjasama rapat untuk mengenal pasti punca sebenar pencemaran dan setakat kelmarin masih belum dapat mengesannya.

"... sudah tentulah, kami mohon maaf di atas apa yang berlaku.

"Kami perlu memastikan pemantauan ketat (di loji rawatan air) dan kami mesti hukum si pelaku ini... ia menjejaskan hidup masyarakat. Kami mesti pastikan mereka yang bertanggungjawab dihukum. Kami tidak lagi boleh bertolak ansur setiap kali perkara ini berlaku," katanya kepada pemberita di Putrajaya semalam.

Terdahulu, Maximus menyaksikan pemeteraian perjanjian jual beli antara Ranhill Holding Bhd dan SIIC Environment Holdings Ltd.

Loji rawatan air Semenyih ditutup beberapa kali berikutan pencemaran bau. Siasatan berkaitan punca pencemaran itu masih berjalan.

Pihak berkuasa mula mengesan pencemaran pada 22 September dan segera menjalankan siasatan.

Kawasan terjejas termasuk Hulu Langat, Kuala Langat, Sepang dan Petaling.

- Bernama

Lihat Komen
ADS