Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Perahu dipercayai dinaiki 6 individu karam di perairan Tawau
Diterbitkan:  Sep 28, 2016 9:47 AM
Dikemaskini: 2:16 AM

Sebuah perahu dipercayai dinaiki enam individu karam di perairan Tawau, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi, Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sabah berkata pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu kira-kira 6.07 pagi tadi dan enam anggota bersama sebuah jentera dikejarkan ke tempat kejadian.

Pusat Gerakan Operasi JBPM itu berkata bomba Tawau menerima panggilan daripada pihak polis yang memaklumkan terdapat sebuah perahu jongkong karam dalam perjalanan dari Kampung Haji Kuning di Pulau Sebatik menuju ke Pelabuhan Tawau.

"Maklumat awal diperoleh melibatkan enam orang mangsa," kata pusat gerakan operasi itu dalam kenyataan di Kota Kinabalu hari ini.

Maklumat terkini akan diberitahu dari semasa ke semasa.

- Bernama

Lihat Komen
ADS