Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
MAIWP: Kami jawab permohonan zakat 5 hari saja
Diterbitkan:  Sep 29, 2016 9:09 PM
Dikemaskini: 1:12 PM

Setelah dipertikai, Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) tampil menjelaskan isu dakwaan sindiket yang mempergunakan golongan itu untuk mendapatkan zakat.

Kenyataan unit perhubungan korporat majlis itu menyebut Timbalan Pengurus Baitulmal Ahmad Tarmidi Yahya hanya mendedahkan secara umum berkaitan sindiket mempergunakan asnaf untuk kepentingan peribadi.

“Beliau tidak menyebut tentang wujudnya sindiket asnaf dari golongan mualaf untuk menipu Baitulmal MAIWP,” menurut kenyataannya semalam.

MAIWP mengeluarkan kenyataan itu setelah Pengerusi Persatuan Cina Islam Malaysia Melaka Lim Jooi Soon berkata pihaknya tidak pernah berjumpa kes sebegitu dan mahu ia dibuktikan.

Bercakap kepada Malaysiakini, Lim juga berkata bantuan zakat memang sukar diperoleh dan jika diluluskan pun tidak seberapa, selain membangkitkan kekangan birokrasi.

Portal ini pada Ahad lalu melaporkan Ahmad Tarmizi sebagai mendakwa wujud sindiket mempergunakan golongan mualaf bagi mendapatkan bantuan kewangan.

Ahmad Tarmizi berkata perkara itu perlu didedahkan selepas banyak yang mempersoalkan kesukaran golongan itu mendapatkan bantuan agensi bawah majlis agama Islam.

Dalam penjelasan lanjutnya, MAIWP juga berkata pembentangan Ahmad Tarmizi dibuat berdasarkan pengalaman badan itu di Wilayah Persekutuan sahaja.

Majlis itu bagaimanapun membangkitkan kejayaannya membantu 24,000 ketua keluarga secara bulanan secara bulanan termasuk asnaf mualaf.

“Baitulmal turut membantu agensi dan badan NGO dalam menyalurkan bantuan untuk menjalankan program kebajikan dan dakwah,” menurut kenyataan itu.

Mengulas isu prosedur pula, MAIWP berkata mereka menawarkan 28 skim bantuan dan hanya selepas lima hari permohonan lengkap, asnaf akan menerima keputusan permohonan.

“Borang permohonan juga diminimumkan kepada dua muka surat atau satu helai sahaja tanpa perlu pengesahan daripada mana-mana pihak, kecuali pengesahan pendapatan,” katanya.

Lihat Komen
ADS