Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
‘Dakwaan polis bantu runtuhkan sekatan Orang Asli perlu disiasat’
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 3:41 PM
Dikemaskini: 7:50 AM

Sahabat Alam Malaysia (SAM) mahu pihak berkuasa untuk menyiasat dakwaan bahawa pihak polis dan Jabatan Perhutanan membantu pembalak untuk meruntuhkan sekatan oleh masyarakat Orang Asli tempatan di Gua Musang.

“Kami juga berasa bimbang tentang dakwaan para penduduk bahawa staf Jabatan Perhutanan dan pihak polis telah datang di dalam kenderaan persendirian bersama-sama dengan wakil-wakil syarikat ke tempat kejadian.

“Dakwaan ini mesti disiasat sepenuhnya oleh kedua-dua penguasa,” kata Presiden SAM, SM Mohamed Idris.

Beliau menggesa polis mengambil pendirian tidak berat sebelah dan menyiasat dakwaan berkenaan.

“Penduduk yang membantah operasi pembalakan tidak boleh diganggu atau diancam dengan penahanan disebabkan tindakan mereka untuk melindungi tanah adat mereka dari sebarang pencerobohan.

“Tindakan mereka ini adalah berdasarkan hak yang dilindungi oleh Perlembagaan Persekutuan, kebebasan untuk berhimpun secara aman dan hak untuk melindungi harta benda mereka,” katanya.

Beliau turut menggesa kerajaan negeri Kelantan dan Jabatan Perhutanan untuk mengkaji semula sistem pengeluaran lesen pembalakan, yang tidak mengendahkan proses pemberian izin berasaskan maklumat awal, bebas dan telus oleh masyarakat Orang Asli yang terjejas.

Pada Rabu lalu, beberapa aktivis Orang Asli mendakwa pembalak meruntuhkan sekatan mereka dengan gergaji rantai.

Mereka mendakwa pembalak yang disertai oleh pihak polis dan anggota Jabatan Perhutanan datang menaiki kenderaan yang disediakan oleh pihak pembalak.

Tiga daripada aktivis itu juga ditahan oleh beberapa lelaki yang mendakwa diri mereka sebagai anggota polis.

Walau bagaimanapun, terdapat keraguan jika mereka benar-benar anggota polis.

Ketua Polis Daerah Gua Musang Superintendan Rejab Ahad Ismail ketika dihubungi berkata, anggota polis tidak terbabit dalam menahan aktivis Orang Asli itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS