Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Perancis tak terima 'senyuman Mona Lisa' untuk pasport
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 4:38 PM
Dikemaskini: 1:14 PM

GLOBAL Kerajaan Perancis tidak menerima gambar pasport dalam keadaan tersenyum, termasuk senyuman ala lukisan terkenal Mona Lisa.

Perkara itu diputuskan oleh mahkamah rayuan negara itu semalam, lapor Bernama yang memetik agensi berita China Xinhua.

Seorang penjawat awam Perancis yang tidak dinamakan menyaman pihak berkuasa negara itu selepas permohonan awal pasportnya ditolak kerana tersenyum dalam gambar diserahkan.

Dua mahkamah di Perancis membuat keputusan itu berdasarkan peraturan “riak wajah (pemohon pasport) patut neutral dengan mulut tertutup” dan “kamu tidak sepatutnya senyum”.

Lihat Komen
ADS