Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
AGM Umno 1 Dis, akan rumus persempadanan semula
Diterbitkan:  Sep 30, 2016 7:35 PM
Dikemaskini: 1:26 PM

Perhimpunan Agung Umno 2016 akan berlangsung pada 1 hingga 3 Disember depan, kata presidennya Datuk Seri Najib Razak.

Katanya sebelum itu, sesi taklimat presiden dijangka diadakan pada 29 November diikuti dengan majlis perasmian persidangan Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri pada sebelah malamnya.

Katanya persidangan serentak ketiga-tiga sayap parti itu akan dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi selaku naib presiden yang menjalankan tugas sebagai timbalan presiden parti.

Persidangan ketiga-tiga sayap parti itu akan berlangsung pada 30 November, katanya seperti dilaporkan Bernama.

Sementara itu, Najib berkata pada mesyuarat itu, anggota MT mahu supaya parti itu merumuskan cadangan balas kepada pihak Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengenai cadangan persempadanan semula kawasan pilihan raya.

Katanya Setiausaha Agung Umno Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyelaraskan perkara tersebut di peringkat negeri dan bahagian untuk dikemukakan kepada pihak SPR nanti.

Selain itu, katanya anggota MT juga memberikan beberapa pandangan dan cadangan berkenaan Bajet 2017, namun ia akan mengambil kira kemampuan kewangan negara.

Lihat Komen
ADS