Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Polis siasat dakwaan remaja dipukul dalam tahan di Ipoh
Polis Perak akan menyiasat dakwaan menyatakan seorang remaja lelaki dipukul sehingga cedera ketika ditahan di sebuah balai polis di Ipoh minggu lalu.
 
Timbalan Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohd Nor Rasid mengesahkan pihaknya menerima dua laporan polis yang dibuat ayah remaja itu, pada Rabu lepas dan hari ini.
 
"Polis mengesahkan menerima laporan itu dan tohmahan tersebut akan disiasat," katanya ringkas menerusi aplikasi WhatsApp di Ipoh hari ini.
 
Terdahulu, ayah remaja itu, Fauzi Muda, 56, mendakwa anak lelakinya dipukul sehingga cedera semasa dalam tahanan polis kerana didakwa terbabit dengan kegiatan kumpulan 'Geng Guna'.
 
Beliau berkata anak lelakinya yang berusia 17 tahun itu ditahan di kediaman mereka di Taman Malar, Ulu Kinta, dekat Ipoh pada 23 Sept lepas oleh sepasukan polis bahagian Jenayah Berat (D9) Ibu Pejabat Polis Daerah Ipoh.
 
"Laporan ini dibuat bagi membolehkan polis menjalankan siasatan terperinci terhadap anggota polis yang bertindak memukul anak saya," katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat laporan di Balai Polis Bercham di Ipoh.
 
- Bernama
Lihat Komen
ADS