Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Siapa Rafizi, soal Ku Nan ketika ditanya RUU kuasa SPR

Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Tengku Mansor menolak soalan mengenai rancangan Ahli Parlimen Pandan Rafizi Ramli untuk membawa Rang Undang-Undang Persendirian mengenai kuasa persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

"Mengapa saya perlu mengulas mengenai Rafizi? Siapakah Rafizi?

"Saya tidak berminat untuk mengulas mengenai beliau," katanya kepada pemberita.

"Saya fikir dia adalah sedikit ... (gila)," katanya sambil menunjuk jari ke kepalanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas merasmikan Konvensyen Keusahawanan Technofest & Enterwip 2016 di PWTC, Kuala Lumpur hari ini.

Rafizi mengemukakan rang undang-undang ke Parlimen pada hari Khamis, berikutan cadangan persempadanan semula SPR yang kontroversi.

Beliau juga menjemput parti komponen BN menyokong rang undang-undang untuk meminda Perlembagaan Persekutuan bagi meletakkan kuasa persempadanan semula di bawah satu jawatankuasa di Parlimen.

Dengan menyokong rang undang-undang itu, Rafizi berkata parti BN selain Umno boleh memberi tekanan kepada parti itu untuk menyekat cadangan persempadanan semula.

Analisis bebas Malaysiakini mengenai proses persempadanan semula mengesahkan kritikan bahawa perubahan sempadan yang dicadangkan SPR sebahagian besarnya memihak kepada BN.

Portal itu juga mendapati banyak daerah mengundi di kawasan parti-parti bukan BN dalam pilihan raya umum lalu akan turut terjejas.

 

 

Lihat Komen
ADS