Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nazir akui terdesak ulangi penubuhan NCC kedua
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 5:26 PM
Dikemaskini: 9:33 AM

Ahli perbankan terkemuka Datuk Seri Nazir Razak mengakui terdesak selepas mengulangi cadangan agar sebuah majlis perundingan kebangsaan (NCC) kedua ditubuhkan minggu lepas.

Di Instagram semalam, Nazir berkata portal berita The Malay Mail menggunakan gambar beliau 'dalam keadaan terdesak' berhubung seruan agar NCC ditubuhkan di
bawah Majlis Raja-Raja.

Nazir, yang merupakan adik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, melahirkan harapan bahawa ideanya dipertimbangkan dengan serius.

Beliau berkata pemimpin masyarakat perlu berkumpul untuk menentukan semula dasar kebangsaan.

"Masalah dan ketegangan tidak boleh ditangani sedikit demi sedikit, ia perlu menyeluruh, dan keutamaan adalah generasi hari ini dan cabarannya.

"Saya tahu saya mengulanginya tetapi saya berasa terdesak," akuinya.

Ketua pegawai eksekutif kumpulan AirAsia Tan Sri Tony Fernandes turut mengulas mengenai tulisan Nazir di Instagram.

 

"Sebahagian besar orang Malaysia bersikap sederhana, mereka cuma senyap.

 

"Masa tidak senyap. Saya gembira mengambil cuti untuk berada dalam NCC kedua. Di mana saya boleh menghantar biodata (CV) saya?" tulisnya.

Nazir terdahulu berkata terdapat keperluan "untuk membincangkan pelbagai isu sensitif bermula dari sistem pendidikan, dasar perlindungan, peranan agama di peringkat nasional, integriti persekutuan, isu-isu rasuah dan persaingan politik, serta membina semula kepercayaan terhadap institusi negara.

Beliau berkata sudah tiba masanya mempersoalkan sama ada kebanyakan sistem yang direka pada 1970 masih berfungsi dengan baik.

NCC pertama telah ditubuhkan pada 1970 selepas rusuhan pada 1969.

Lihat Komen
ADS