Paling Popular
Terkini
story images
story images
mk-logo
Berita
MP Klang lapor polis terhadap SPR
Diterbitkan:  Oct 1, 2016 6:24 PM
Dikemaskini: 10:33 AM

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago hari ini membuat laporan polis terhadap persempadanan semula oleh Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dengan mendakwa perbezaan yang luas dalam saiz kawasan memudaratkan demokrasi berparlimen.

Beliau memberi contoh kawasannya di Klang menyaksikan peningkatan daripada 98,285 pengundi kepada 141,275 pengundi di bawah cadangan persempadanan semula SPR iaitu peningkatan sebanyak 43.74 peratus.

Sementara itu kawasan lain seperti Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang masing-masing mempunyai jumlah pengundi yang lebih rendah daripada 50,000, katanya.

Menurutnya, 'nilai' satu undi di Klang bersamaan tiga undi di Sabak Bernam, Sungai Besar dan Tanjong Karang.

"Keputusan Pengarah SPR Selangor untuk menukar nilai undi di Klang berbanding kawasan Parlimen lain di Selangor akan membentuk Parlimen yang mempunyai perwakilan tidak sekata.

"Ini adalah satu pelanggaran prinsip 'satu orang, satu undi' dan ia adalah satu jenayah kerana boleh memudaratkan demokrasi berparlimen seperti yang dinyatakan dalam Seksyen 124 (b) Kanun Keseksaan," kata Santiago dalam laporan yang dibuat di Ibu Pejabat polis daerah Klang Selatan, hari ini.

Katanya, beliau cuba bertemu Pengarah SPR Selangor Ikmalruddin Ishak pada 27 September untuk membincangkan sebab-sebab dan kesan persempadanan semula.

Bagaimanapun, Ikmalruddin serta pegawai SPR Selangor enggan bertemu beliau dan beberapa wakil lain dari Klang, katanya.

Ahli Parlimen itu menggesa pihak polis menyiasat Pengarah SPR Selangor dan Pengerusi SPR bagi aktiviti yang memudaratkan demokrasi berparlimen terhadap persempadanan semula yang dicadangkan pada 15 September.

"Ini adalah sangat penting kerana ia melibatkan hak asasi manusia bagi semua 98,285 pengundi kawasan Klang," kata Santiago.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS