Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Adakah cadangan ADUN Jorak akan jadi dasar BERSATU?'
Diterbitkan:  Oct 10, 2016 6:55 PM
Dikemaskini: 2:53 PM

ADUN Skudai, Dr Boo Cheng Hau mempersoalkan sama ada Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) akan membuat dasar agar kerajaan melucutkan kewarganegaraan mereka yang tidak mahir dalam bahasa kebangsaan jika berkuasa kelak.

Ini berikutan cadangan ADUN Jorak Shahruddin Salleh berhubung perkara itu dua tahun lalu dan kini beliau dilantik sebagai setiausaha agung parti baru itu Khamis lepas.

"Setiausaha agung BERSATU telah beberapa kali mengulangi bahawa semua pelajar termasuk orang Melayu yang gagal dalam Bahasa Malaysia perlu dilucutkan kewarganegaraan mereka.

"Adakah ini akan menjadi dasar baru BERSATU apabila ia berkuasa? Bolehkah kita bekerja bersama-sama dengan semua retorik fanatik ini?

"Kami menyokong (Ketua Umum PKR) Anwar Ibrahim kerana PKR adalah sebuah parti pelbagai kaum dengan majoriti Melayu untuk semua rakyat Malaysia," kata Dr Boo hari ini.

Shahruddin berpaling tadah dari UMNO kepada BERSATU minggu lepas dan selepas itu dipecat daripada jawatannya sebagai pengerusi Institut Terjemahan & Pengerusi Buku (ITBM).

Beliau telah menyebabkan kekecohan dalam Dewan Undangan Negeri Johor dua tahun lalu apabila mencadangkan kerajaan menjalankan ujian khas untuk bahasa Melayu.

 

Lihat Komen
ADS