Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Beberapa kawasan di Kuala Lumpur mengalami gangguan bekalan air sementara sejak semalam ekoran kerja-kerja penggantian perkakasan rosak di kolam Ulu Pudu.

Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) dalam kenyataan medianya memaklumkan kawasan-kawasan yang terlibat adalah Taman Kencana, Taman Pandan Indah, Taman Pandan Indah Komersial, Taman Maju Jaya, Taman Pandan Perdana dan Taman Cheras Indah.

"Kerja-kerja pembaikan sedang giat dijalankan bagi mempercepatkan bekalan air ke kawasan-kawasan ini. Bekalan air bantuan akan dihantar dengan lori tangki ke kawasan-kawasan terjejas.

"Gangguan bekalan air di kawasan-kawasan tersebut dijangka akan pulih
sepenuhnya menjelang petang ini," menurut kenyataan itu.
Sementara itu, pengguna dinasihat menggunakan air secara berhemat semasa tempoh pemulihan tersebut.

Pengguna boleh mendapatkan status terkini mengenai kerja-kerja pembaikan ini melalui aplikasi telefon bimbit pintar 'mySYABAS' dan www.syabas.com.my. -Bernama

Lihat Komen
ADS