Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Penggunaan polisterin di WP diharamkan mulai tahun depan
Diterbitkan:  Oct 11, 2016 7:18 PM
Dikemaskini: 11:19 AM

Penggunaan polisterin di semua premis makanan dan kafe di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan akan dikuatkuasakan mulai tahun depan.

Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor, berkata larangan itu adalah sebahagian usaha mengurangkan penggunaan bahan yang memberi kesan kepada alam sekitar kerana sukar diurai atau dikitar semula.

"Peniaga dan orang ramai digalak menggunakan bekas makanan boleh dikitar semula dan mudah urai, yang diperbuat daripada serat hampas tebu dan jagung kerana ia lebih selamat berbanding polisterin yang boleh mengakibatkan kesan sampingan kepada kesihatan pengguna.

"Kita akan memastikan pelaksanaan ini dijalankan secara menyeluruh dan berharap mendapat kerjasama semua pihak supaya ia berkesan," katanya pada sidang media sempena Majlis Perasmian Kios Jualan Makanan dan Minuman di Presint 9, di Putrajaya hari ini.

Beliau juga berkata larangan itu akan dilaksanakan bukan sahaja di bangunan kerajaan tetapi juga di bangunan swasta.

Menurutnya, ia adalah antara inisiatif Pembangunan Teknologi Hijau selaras dengan usaha kerajaan untuk menumpukan kepada peralihan pembangunan sosio ekonomi yang lebih mesra alam.

Lihat Komen
ADS