Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Kartunis disekat ke luar negara, dakwa 'arahan polis'

Kartunis kontroversi Zunar disekat daripada meninggalkan negara ini, didakwa susulan “arahan polis”.

Katanya, beliau disekat daripada menaiki pesawat ke Singapura pada jam 3 petang ini oleh pegawai imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang.

Menurut Zunar atau nama sebenarnya Zulkiflee Anwar Ul-Haque lagi, beliau diberitahu terdapat arahan daripada polis.

Zunar memberitahu Malaysiakini bahawa beliau akan membincangkan tindakan lanjut dengan peguamnya.

Lawatan beliau ke Eropah pada Julai lalu tidak mengalami sebarang masalah.

Zunar terkenal dengan kartun mengkritik Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Beliau turut mendapat beberapa pengiktirafan dalam bidang hak asasi dan hak seni di peringkat antarabangsa.

Beberapa bukunya, termasuk yang diterbitkan Malaysiakini, diharamkan di negara ini.

Zunar turut berdepan beberapa tuduhan bawah Akta Hasutan susulan tweet berkaitan sabitan kes liwat melibatkan pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Malaysiakini sedang mendapatkan reaksi imigresen dan pihak polis berkaitan sekatan itu.

Lihat Komen
ADS