Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Nik Abduh: Pemimpin PAS tak kejar 'like', bukan selebriti
Diterbitkan:  Oct 17, 2016 2:43 PM
Dikemaskini: 6:52 AM

Pemimpin PAS bukan hidup dengan dunia selebriti dan mengejar ‘like’, sebaliknya berjuang untuk memahamkan ummah dengan Islam, kata Ketua Pemuda PAS Nik Mohamad Abduh Nik Abdul Aziz.

Terangnya, ada bermacam cara untuk menarik sokongan seperti yang berlaku dalam dunia selebriti, namun pemimpin PAS tidak begitu, lapor Harakahdaily.

“Orang nak faham kita, (mereka) kecam dulu, kecam habis-habisan. Negeri Kelantan dah 26 tahun, tak habis lagi kena kecam.

“Bukan kerana apa pun, kerana dia miskin, orang miskin pun kena kecam, bukan kerana dia buat benda jahat. Tapi kerana dia cuba fahamkan rakyat isu-isu besar.

“Isu besar ini walaupun orang lain faham juga, tapi ia tiada penghujung. Kita (PAS) ada hujung dia, ada penyelesaian yang membawa kebahagian dunia dan akhirat,” beliau dipetik sebagai berkata.

Nik Abduh berkata demikian dalam sesi dialog sempena Ijtimak Tarbawi 5.0 dewan itu di Melaka petang semalam.

Beliau menjawab pertanyaan peserta berhubung kajian sosial menunjukkan akaun sosial para pemimpin PAS kurang menerima ‘like’ berbanding pemimpin parti lain.

Lihat Komen
ADS