Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Anak dara Makcik Anne' jawab isu halal Jakim
Diterbitkan:  Oct 17, 2016 9:19 PM
Dikemaskini: 1:23 PM

Nama makanan 'pretzel dog' antara sebab Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim) menolak permohonan sijil halal rangkaian makanan berasaskan roti pretzel Auntie Anne's.

“Nama menu ‘pretzel dog’ haruslah ditukar kepada nama yang lebih sesuai.

“Saya telah mencadangkan beberapa nama baru dan masih menunggu keputusan mesyuarat panel daripada Jakim.

“Setelah kami mendapat keputusannya, kami harus menukar kesemua menu board (papan menu) sebelum proceed (teruskan) kepada permohonan baru," kata penyelia kualiti dan eksekutif halal syarikat itu Farhatul Kamilah Mohamed Sazali.

Selain itu, Jakim juga dikatakan meminta Auntie Anne's memohon sijil halal bagi dapur utama tempat proses pembungkusan semula dilakukan sebelum mereka meneruskan permohonan bagi outlet.

Farhatul Kamilah juga berkata beliau juga telah memohon sijil halal bagi kesemua 45 outlet Auntie Anne’s bawah satu permohonan tetapi diminta diasingkan mengikut zon untuk memudahkan proses audit.

“Situasi ini juga pernah berlaku kepada jenama Sushi King,” kata Farhatul Kamilah yang secara berjenaka memperkenalkan dirinya sebagai “Anak dara Makcik Anne”.

Menulis di Facebook beliau hari ini, Farhatul Kamilah juga berkata bagi dapur pusat, beliau telah melepasi peringkat pertama dan sedang menunggu proses audit dari Jakim.

Mengulas status semasa syarikat itu, beliau berkata walaupun Auntie Anne’s bukan pemegang sijil halal Jakim tetapi mereka sedang berusaha ke arah itu.

Katanya, Jakim mempunyai standard sangat tinggi dan bukan hanya memfokuskan kepada status halal bahan makanan, tetapi juga kebersihan outlet dan pengendali makanan.

“Saya juga seorang Muslim dan ini adalah salah satu tanggungjawab fardu kifayah saya untuk umat Islam,” katanya.

Bagaimanapun, katanya lagi, bagi yang was-was tapi mahu juga mencuba pretzel Auntie Anne’s, beliau mencadangkan mereka menunggu sehingga disahkan halal terlebih dahulu.

Katanya, perkara yang syubhah sudah jatuh haram untuk orang Islam memakannya.

“Jika Auntie Anne’s sudah disahkan halal oleh Jakim, saya cadangkan anda beli éclair stix dan jalapeno cheese kerana kedua-duanya favourite (kegemaran) saya,” katanya lagi.

Lihat Komen
ADS