Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
'UM patut fokus prestasi akademik, bukan Anis'
Diterbitkan:  Oct 18, 2016 12:25 PM
Dikemaskini: 4:42 AM

Pemuda DAP (Dapsy) menggesa Universiti Malaya menarik balik surat tunjuk sebab yang dikeluarkan kepada mahasiswanya, Anis Syafiqah Md Yusof kerana terlibat dalam Perhimpunan Tangkap MO1 Ogos lalu.

Ketuanya, Wong Kah Woh berkata universiti itu patut memberikan fokus kepada prestasi akademiknya yang terkeluar daripada senarai Times Higher Education (THE) Top 400 University Rankings sejak tahun 2010.

"Namun, fokus Naib-Naib Canselor Universiti Malaya jelas terpesong dan sebaliknya memilih untuk menjadi alat pihak pemerintah dalam menggugat kebebasan dan pemikiran mahasiswa-mahasiswi.

"DAPSY dengan ini mengesa supaya Universiti Malaya balik kepada hala tuju akademik yang asal dan memberikan fokus untuk meningkatkan prestasi akademik Universiti Malaya, serta menarik-balik surat tunjuk sebab terhadap Anis Syafiqah demi menjaga integriti dan kebebasan Universiti yang kini kerap dipersoalkan," katanya.

Wong berkata tindakan itu bukan sahaja tidak menghormati hak asasi untuk berhimpun seperti tertera dalam perlembagaan, tetapi jelas menunjukkan interpretasi politik.

"Adalah jelas bahawa tindakan dan keputusan Universiti Malaya ini adalah dipengaruhi dengan interpretasi politik yang memihak kepada pihak pemerintah.

"Perhimpunan Tangkap MO1 telah disempurnakan dengan aman dan damai, tanpa melibatkan sebarang perkara negatif," katanya dalam kenyataan media hari ini.

Anis diberikan surat tunjuk sebab kerana didakwa mencemar nama pusat pengajian tinggi awam itu semalam.

Menurut surat itu - yang turut dimuat naik di akaun Facebooknya - Naib Canselor, Hal Ehwal Pelajar U, Prof Datuk Dr Rohana Yusof mendakwa mahasiswa terbabit "merosakkan atau memudaratkan kepentingan dan nama baik universiti."

Dakwaan itu dibuat ekoran pembabitannya menyertai perhimpunan #TangkapMO1 di depan pasar raya Sogo di Kuala Lumpur pada 27 Ogos lalu.

 

Lihat Komen
ADS