Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
BN masih belum capai 'keputusan muktamad' berhubung RUU Hadi

BN masih belum mencapai kata sepakat berhubung Rang Undang-undang persensendirian Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang untuk meminda Akta Mahkamah Syariah (bidang kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 untuk membolehkan pelaksanaan hudud.

"Setakat ini tidak ada konsensus muktmad," kata Setiausaha Agung Gerakan Liang Teck Meng pada sidang media di ibu pejabat Gerakan di Kuala Lumpur hari ini.

"Akhirnya, kita serahkan kepada perdana menteri dan pengerusi BN (Datuk Seri Najib Razak) untuk membuat pengumumannya," kata Liang.

Beliau juga menyalahkan DAP yang bersetuju membenarkan PAS berpegang kepada konsep negara Islam, sehingga mencetuskan kontroversi hudud baru-baru ini.

Dakwaan Liang berasaskan perjanjian yang didakwanya ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng dan Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang sebelum pilihan raya umum ke-13 pada tahun 2013.

"Ada perjanjian bertulis antara Hadi dan Guan Eng, di mana konsep hudud dinyatakan.

"DAP membuka jalan kepada PAS untuk membentangkan Rang Undang-undang Ahli Persendirian," kata Liang.

Beliau juga menuntut DAP, yang mempunyai dua ahli parlimen Islam dan PKR, yang mempunyai 16 ahli parlimen Islam, untuk menyatakan pendirian masing-masing mengenai rang undang-undang Hadi.

Menurutnya, PAS, yang mempunyai 13 ahli parlimen berserta Umno yang mempunyai 88 ahli parlimen tidak boleh meluluskan rang undang-undang itu, walaupun ia dibentangkan di Dewan Rakyat.

Tetapi dengan DAP dan PKR menyokongnya, beliau berkata, rang undang-undang Hadi boleh diluluskan oleh Parlimen.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS