Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Hisham tempelak MP PKR kerana kaitkan Altantuya dengan IS

Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein gagal membendung kemarahan beliau apabila ahli Parlimen PKR mengaitkan kes pembunuhan Altantuya Shaariibuu dengan ancaman IS.

Lee Boon Chye (PKR-Gopeng) telah bertanya Hishammuddin mengenai perancangan kerajaan dalam mengetatkan keselamatan persenjataan angkatan tentera di sebalik ancaman IS.

Ujar beliau, aspek keselamatan persenjataan terjejas sejak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyelia portfolio pertahanan.

"Ada peristiwa Al-Maunah di Sauk, Perak, insiden enjin jet pejuang dicuri dan ketika bahan letupan C4 digunakan untuk membunuh Altantuya," katanya pada persidangan Dewan Rakyat.

Sebagai tindak balas, Hishammuddin mengecam ahli Parlimen pembangkang tersebut kerana mempolitikkan perkara itu.

"Apabila anda mengaitkannya dengan Altantuya dan isu-isu lain, adalah jelas (soalan) adalah politik. Saya minta kita ambil kira IS secara serius...Jangan heret kepada isu-isu lain apabila berurusan dengan IS.

"Ini boleh mengancam kawasan sendiri jika ianya dipolitikkan dan dijadikan polemik," katanya.

Dalam kes pembunuhan Altantuya, pihak pendakwa memberitahu Mahkamah Persekutuan bahawa polis operasi khas tentera tidak menggunakan C4.

Dua bekas anggota tentera operasi khas disabitkan dengan pembunuhan tersebut dan dihukum mati. Tetapi salah seorang daripadanya, Sirul Azhar Umar melarikan diri ke Australia.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS