Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kerajaan mungkin pertimbang cadangan kembiri pedofil

Pengasian menggunakan bahan kimia antara pilihan dipertimbangkan pasukan petugas kerajaan bagi menangani jenayah seksual golongan pedofil terhadap kanak-kanak.

Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Azizah Mohd Dun berkata walaupun belum pasti, ia boleh dipertimbangkan jika parlimen bersetuju.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Shamsul Iskandar Mohd Akin (PKR-Bukit Katil) sama ada Malaysia patut ikut jejak langkah Indonesia dalam menangani golongan itu.

Dalam Dewan Rakyat, Shamsul membangkitkan pengumuman Presiden Joko Widodo bahawa Indonesia akan melaksanakan hukuman itu.

Ia dibuat ketika perbincangan berkaitan pasukan petugas berkaitan jenayah seksual terhadap kanak-kanak yang diketuai oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Azalina Othman Said.

Badan itu dibentuk Ogos lalu selepas laporan berkaitan pedofilil British Richard Huckle yang terlibat dalam salah laku seks melibatkan 200 kanak-kanak antara enam bulan hingga 12 tahun di negara ini.

[Baca laporan asal]

Lihat Komen
ADS