Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
IGP jawab baju merah depan balai himpunan haram atau tak?
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 11:58 AM
Dikemaskini: 6:03 AM

Perhimpunan penyokong Baju Merah bagi menyambut pembebasan ketua mereka Datuk Seri Jamal Yunos daripada tahanan reman di ibu pejabat polis daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur dikira haram atau tidak?

Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berdepan soalan ini daripada pemberita dalam sebuah acara di Kuala Lumpur pagi ini.

Khalid bagaimanapun menjelaskannya tidak.

“Untuk itu dia meluahkan perasaan dia, itu kita rasa tak ada masalah pada kami kerana ia tak ada mengganggu apa-apa.

“Dan itu pun dibuat dalam masa yang amat singkat sambil dia berjalan keluar (dari IPD).

“Kalau begitu (diambil tindakan), banyak orang yang kita ambil tindakan, (termasuk) yang berhimpun depan balai, depan bukit Aman, depan penjara.

“Tak ada kerja lain kita,” katanya sambil menegaskan polis memberi pertimbangan sewajarnya terhadap acara-acara sebegitu.

Sementara itu, ditanya berkaitan kemungkinan pertembungan Baju Merah dan BERSIH5 dalam himpunan 19 November depan, Khalid menegaskan tindakan akan diambil jika mereka tidak patuh pada Akta Perhimpunan Aman,

“Kita takkan mengecualikan sesiapa. Jadi jika kamu tanya saya sama ada kami akan ambil tindakan pada Merah, Biru atau Putih, semua sekali, termasuk Kuning,” katanya.

Lihat Komen
ADS