Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Bajet 2017: Perbelanjaan inklusif berhemah, mensejahtera rakyat
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 4:28 PM
Dikemaskini: 8:30 AM

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini membentangkan Bajet 2017 yang menekankan perbelanjaan inklusif berhemah ke arah mensejahterakan kehidupan seluruh rakyat ketika mendepani cabaran ekonomi yang diuji ketidaktentuan di peringkat global.

Berpaksikan tema 'Menjamin Perpaduan & Pertumbuhan Ekonomi, Menghemah Perbelanjaan Inklusif, Mensejahtera Kehidupan Rakyat Seluruh',

Najib yang juga menteri kewangan, mengusulkan beberapa langkah dan strategi utama untuk menangani cabaran-cabaran itu.

Bajet 2017 mencadangkan sejumlah peruntukan RM260.8 bilion iaitu RM214.8 bilion untuk belanja mengurus dan RM46 bilion untuk belanja pembangunan.

Najib ketika membentangkan Bajet 2017 setebal 65 muka surat di Dewan Rakyat di sini, berkata jumlah itu tidak termasuk simpanan luar jangka sebanyak RM2 bilion.

Beliau juga berkata kerajaan BN telah berjaya mempertahankan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada purata enam peratus setahun.

Ini merupakan pembentangan bajet kelapan bagi Najib sejak menyandang jawatan perdana menteri dan juga menteri kewangan.

- Bernama

Lihat Komen
ADS