Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Najib sindir Mahathir terdesak jumpa Anwar di mahkamah
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 5:09 PM
Dikemaskini: 9:10 AM

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara sinis menyindir tindakan bekas mentor yang kini menjadi seteru politiknya, Tun Dr Mahathir Mohamad berjumpa dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada bulan lalu.

Ketika membentangkan Bajet 2017 di Parlimen petang ini, Najib mengimbas kunjungannya ke atas bekas Mursyidul Am PAS, Datuk Haron Din di hospital.

Semasa lawatan itu, beliau berkata allahyarham mengingatkannya bahawa “kita suka seseorang, haruslah berpada-pada” kerana “orang yang kita benci akan jadi orang yang kita sayang”.

“Itulah dia jadinya, barangkali kerana itulah sampai ke mahkamah cari seorang yang pernah dia benci,” katanya.

Walaupun perdana menteri tidak menyebut sebarang nama, ia jelas merujuk kepada Mahathir yang bersalaman dengan Anwar di mahkamah bulan lalu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS