Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita
Penjawat awam dapat bayaran khas RM500 untuk dua tahun berturut
Diterbitkan:  Oct 21, 2016 6:26 PM
Dikemaskini: 10:57 AM

Kakitangan awam yang mengharapkan bonus pada Bajet 2017 kecewa kerana apabila Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 yang akan dibayar kepada 1.6 juta penjawat awam.

"Kepada kakitangan awam, saya tahu kamu tak tidur lena jika saya tidak mengumumkan perkara ini. Saya ada berita baik.

"Sebagai tanda penghargaan atas perkhidmatan yang terpuji oleh penjawat awam, saya dengan sukacitanya mengumumkan bantuan khas sebanyak RM500 kepada semua penjawat awam dan bayaran khas sebanyak RM250 untuk pesara kerajaan.

“Bayaran ini akan dibuat pada awal Januari 2017, "katanya.

Ini adalah tahun kedua kakitangan awam diberikan "bantuan khas" dan bukannya bonus.

Amalan mengumumkan bonus kakitangan awam dalam bajet di bawah Perdana Menteri Najib ini bermula pada tahun 2011, semasa membentangkan Bajet 2012.

Lihat Komen
ADS