Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Belanjawan pembangkang masih ada kelemahan, kata pakar ekonomi

Anggota parlimen pembangkang mengkritik Belanjawan 2017 sebagai tidak realistik dan hanya memberikan penyelesaian sedikit untuk ekonomi.

Tetapi bagaimana dengan belanjawan alternatif Pakatan Harapan sendiri bagi tahun 2017 yang diumumkan sehari sebelum bajet kerajaan persekutuan?

Walaupun keseluruhannya membanggakan, cadangan belanjawan pembangkang masih mempunyai kelemahan, kata ahli ekonomi kepada Malaysiakini.

Pengerusi Pusat Kajian Dasar Awam di Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) Tan Sri Ramon Navaratnam tidak bersetuju dengan pendirian HARAPAN mengenai Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST).

"Kekalkan GST bukan mengganggunya. GST memberikan kita lebih banyak pendapatan. Jangan kembali kepada sistem lama," katanya.

HARAPAN mencadangkan "kadar sifar" bagi GST tetapi berkata ia akan mempertimbangkan untuk kembali kepada pra-GST bagi cukai penggunaan.

Ramon bersetuju bahawa produk dan perkhidmatan asas perlu dikecualikan atau berkadar sifar untuk membantu golongan miskin atau B40 (bawah 40 peratus).

Namun, bekas Setiausaha kementerian pengangkutan dan kewangan itu menegaskan bahawa golongan berpendapatan sederhana dan tinggi tidak boleh dikecualikan daripada GST.

"Mereka (HARAPAN) harus melihat secara objektif. Janganlah populis atau bersifat politik. Lihatlah dari mata profesional, ekonomi dan praktikal," katanya.

Ramon juga mencadangkan satu sistem cukai GST yang inovatif, di mana beberapa barangan dan perkhidmatan dikenakan dua peratus atau tiga peratus, manakala yang lain dikekalkan pada kadar enam peratus semasa.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS