Paling Popular
Terkini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Tiada kajian letak tikus, nyamuk untuk insafkan banduan
Diterbitkan:  Oct 24, 2016 3:54 PM
Dikemaskini: 7:58 AM

Jabatan Penjara tidak membuat sebarang kajian berhubung pendekatan meletakkan tikus dan nyamuk di penjara bagi menginsafkan banduan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Zahid Hamidi dalam kenyataan bertulis di parlimen berkata penjaraan bertujuan supaya seseorang banduan insaf dan menjalani pemulihan diri.

Sepanjang tempoh penjara, katanya lagi, mereka menjalani sekatan terhadap kebebasan diri dan persekitaran yang tertakluk kepada akta dan peraturan negara serta undang-undang minimum Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

"Dalam konteks tersebut, akta dan peraturan berkenaan juga menetapkan bahawa banduan perlu diberikan layanan yang adil dan saksama antaranya dari segi penempatan, kebersihan sel, pemakanan kesihatan, perjumpaan, komunikasi, kemudahan asas, latihan dan tata tertib," katanya.

Zahid berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Zuraida Kamaruddin (PKR-AMpang) bertarikh 20 Oktober (Khamis lepas).

Zuraida memohon penjelasan terperinci jika terdapat kajian sebegitu pernah dilakukan.

Bekas hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mohd Noor Abdullah bulan lalu menggesa pihak berkuasa memastikan pesalah menjalani hukuman penjara ditanamkan dengan rasa takut, salah satu caranya melalui ketidakselesaan sel.

Katanya, tanpa memukul atau bertindak kasar, mereka misalnya boleh menempatkan banduan di kawasan yang ada nyamuk, tikus dan lipas supaya mereka serik masuk penjara.

Beliau kemudian menegaskan kenyataan itu dibuat secara sepintas lalu dalam konteks wawancaranya bersama Bernama yang menyentuh mengenai cara memerangi jenayah kejam dan keji seperti pembunuh upahan, peras ugut dan rogol berkumpulan.

Bagaimanapun, lagi mengulangi bahawa penjara tidak seharusnya memberikan “kemudahan ala VIP” kepada banduan.


Idea lipas, tikus, nyamuk di sel komen sepintas lalu

Lihat Komen
ADS