Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'K'jaan langgar prinsip antarabangsa jika senarai hitam firma peguam'

Kerajaan akan melanggar prinsip-prinsip antarabangsa mengenai peranan peguam jika menyenarai hitam firma undang-undang yang mempunyai kaitan dengan badan pemantau pilihan raya BERSIH, kata Lawyers for Liberty.

Ini terutamanya jika ia menghalang firma peguam yang mewakili BERSIH daripada menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan dan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Pengarah Eksekutif Lawyers for Liberty Eric Paulsen berkata ia melanggar peraturan cab-rank dan Prinsip Asas Bangsa-Bangsa Bersatu mengenai peranan Peguam.

Konsep cab-rank rule menyatakan bahawa seorang peguam adalah bertanggungjawab untuk melakukan kerja dalam bidang mereka termasuk di mahkamah tanpa sebarang prejudis.

Seksyen 19 Prinsip Asas PBB Mengenai Peranan Peguam menyatakan "Peguam tidak boleh dikenal pasti melalui pelanggan mereka atau sebab-sebab pelanggan mereka akibat melaksanakan fungsi mereka".

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan berkata semalam kerajaan sedang melihat untuk menyenarai hitam firma undang-undang  yang dikaitkan dengan BERSIH daripada menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Rahman juga meminta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS