Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pakar ekonomi: Anggaran cukai korporat terlalu optimis

Anggaran kerajaan mengenai peningkatan cukai pendapatan korporat (CIT) tahun depan adalah terlalu optimistik, kata pakar ekonomi Deutsche Bank Singapura Diana Rose del Rosario.

del Rosario berkata, kerajaan menjangkakan CIT meningkat daripada RM63.2 bilion yang dianggarkan pada tahun ini kepada RM69.2 bilion tahun depan.

"Kami berasa sangsi dengan itu; kami fikir bahawa ialah satu andaian optimistik… Kami tidak melihat apa-apa kuasa yang boleh memandu cukai pendapatan korporat yang lebih tinggi tahun ini," katanya pada forum di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam forum anjuran Persatuan Ekonomi Malaysia itu del Rosario berkata bahawa secara keseluruhan, perolehan CIT telah meningkat dalam tempoh lima tahun yang lalu.

Bagaimanapun, katanya keadaan kali ini lebih baik di mana terdapat banyak aktiviti ekonomi yang berlaku.

Beliau juga menegaskan bahawa kerajaan juga menjangka perolehan CIT meningkat tahun ini pada pembentangan bajet 2016 tahun lepas, tetapi kemudian anggaran itu yang disemak semula menunjukkan sedikit penurunan.

Bagi anggaran kerajaan bahawa terdapat sedikit peningkatan dalam kutipan GST, beliau berkata perkara itu adalah "munasabah".

Sebaliknya, del Rosario berkata, andaian kerajaan bahawa harga minyak mentah Brent bagi tahun depan adalah AS $45 setong, dilihat dari "sisi konservatif".

Sebaliknya, beliau berkata, Deutsche Bank menganggarkan bahawa harga minyak mentah secara purata adalah AS$ 50 setong tahun depan.

Ini bermakna kerajaan mungkin mencapai sasaran untuk mengurangkan defisit bajet daripada 3.1 peratus daripada KDNK kepada tiga peratus, walaupun perolehan CIT adalah lebih rendah daripada yang dijangkakan.

[Baca berita penuh]

 

Lihat Komen
ADS