Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Rezeki datang dari Allah, peguam ingatkan Rahman

Peguam Mohd Haniff Khatri Abdulla mengingatkan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Abdul Rahman Dahlan bahawa 'rezeki datang dari Allah dan bukan manusia.

Beliau berkata demikian berikutan kenyataan Rahman supaya kerajaan menamatkan khidmat peguam yang dilihat menentang kerajaan dengan syarikat-syarikat berkaitan kerajaan.

Haniff yang mewakili Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas naib ketua Umno bahagian Batu Kawan, Datuk Khairuddin Abu Hassan sebelum ini berkata ini adalah 'pendapat ikhlas' beliau seperti kebanyakan rakyat lain.

"Selamat berjaya dalam cubaan untuk mengancam kita, Rahman atau mana-mana firma undang-undang yang anda maksudkan. Paling penting sekali, rezeki datang dari Allah dan bukan atau tidak ditentukan oleh manusia," kata beliau dalam mengkritik kenyataan menteri itu.

Haniff berkata, beliau menyediakan khidmat nasihat kepada Mahathir dan lain-lain yang melihat peletakan jawatan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak adalah sah.

Rahman mendakwa, ia bukan untuk menggulingkan kerajaan tetapi dilakukan menerusi undang-undang untuk menyingkirkan 'perdana menteri yang salah'.

"Saya tidak berniat untuk memberi nasihat guaman percuma kepada Rahman dalam perbezaan antara kedua-dua frasa. Beliau juga boleh mendapatkan apa-apa nasihat undang-undang melalui peguam, "kata Haniff dalam Facebook.

"Salah adalah salah, walaupun semua orang melakukannya. Yang benar adalah benar, walaupun tiada siapa yang melakukannya," katanya.

Semalam, Rahman berkata, firma undang-undang yang terlibat dalam pergerakan untuk menjatuhkan kerajaan akan disenarai hitam.

Haniff mengakui firmanya adalah panel kepada Majlis Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) dan Majlis Agama Islam Selangor. Katanya lagi, badan-badan itu adalah syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam maksud undang-undang tetapi merupakan badan-badan korporat yang dibentuk oleh enakmen negeri masing-masing.

"Saya tidak ada masalah jika anda ingin membawa perkara ini bersama rakan sejawatan anda, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Islam) Jamil Khir Baharom, untuk menghapuskan firma saya daripada panel MAIWP jika Rahman dan kerajaan mahukan," kata Haniff.

Lihat Komen
ADS