Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Kerja pembaikan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang siap akhir tahun
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 12:41 PM
Dikemaskini: 6:16 AM

Pejabat Ketua Pendaftar Mahkamah Persekutuan Malaysia mengambil perhatian serius terhadap kebimbangan berhubung tahap keselamatan bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang.

Justeru, beberapa tindakan susulan telah dilaksanakan, selepas ekoran insiden batu bata jatuh dan keretakan dinding yang dibangkitkan oleh anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima RSN Rayer semalam.

Ini, kata pejabat itu, termasuk kerja-kerja pembaikan yang sedang dijalankan oleh kontraktor yang dilantik.

Ia dijangka siap pada akhir tahun ini.

Rayer yang juga seorang peguam semalam berkata setelah hampir setahun, satu bahagian tangga dalam bangunan mahkamah itu ditutup kerana terdapat insiden batu bata jatuh dari siling.

Di beberapa bahagian lain dalam bangunan itu pula, katanya, terdapat keretakan yang besar terjadi pada siling konkrit.

Selain itu, kata Rayer, bumbung papan lapis di bilik Mahkamah Tinggi juga hampir-hampir jatuh dari siling dan menimbulkan bahaya kepada orang ramai yang berjalan di bawahnya.

Rayer juga mendakwa, alat pemadam api di bangunan itu telah hilang.


'Adakah bangunan Mahkamah Tinggi Pulau Pinang selamat'

Lihat Komen
ADS