Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
mk-logo
Berita

Dengan peruntukan 36 peratus daripada Bajet 2017 kepada emolumen kakitangan awam, ada desakan supaya sektor awam yang kini dianggap terlalu besar diperkecilkan.

Walau bagaimanapun, Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, tidak berfikir bahawa mengurangkan saiz perkhidmatan awam mampu menjadi penyelesaian yang berdaya maju, sekiranya pembangkang mengambil alih Putrajaya.

Mengurangkan jumlah kakitangan sektor awam, kata Pua, mungkin akan mengganggu seluruh perkhidmatan awam dan melumpuhkan operasi kerajaan.

"Katakanlah, jika kita mahu untuk memberhentikan lima peratus kakitangan awam, selebihnya 95 peratus tidak akan bekerjasama dengan kita dan (potongan itu) tidak akan menjadi satu langkah yang realistik.

"Ini sesuatu yang terpaksa kita tanggung," katanya pada sebuah forum dalam bahasa Mandarin bertajuk "Menganalisis Bajet 2017" di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor, semalam.

Untuk menyelesaikan masalah itui, Pua mencadangkan supaya sekumpulan penjawat awam dibayar gaji tetapi tidak perlu bekerja.

"Di sesetengah negara asing, penjawat awam itu menerima gaji, tetapi tinggal di rumah daripada datang ke pejabat.

“Ini adalah kerana mereka akan menanggung perbelanjaan tambahan dalam perjalanan dan masa yang dihabiskan di pejabat.

"Membiarkan mereka menerima gaji tanpa bekerja adalah lebih baik daripada mereka bekerja dan membebankan kerajaan," kata Pua yang juga Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP.

Pada masa ini, Malaysia mempunyai 1.6 juta kakitangan awam, jumlah yang agak tinggi jika dibandingkan dengan penduduk 32 juta orang negara ini.

Emolumen sektor awam dalam belanjawan persekutuan tahunan meningkat daripada RM42.2 bilion pada tahun 2010 kepada RM77.4 juta pada tahun 2017, hampir peningkatan dua kali ganda dalam tempoh tujuh tahun, walaupun hasil kerajaan merudum.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS