Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Kelantan bentang bajet berdefisit RM42j untuk 2017
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 2:56 PM
Dikemaskini: 7:02 AM

Kerajaan Negeri Kelantan hari ini membentangkan Bajet 2017 dengan anggaran defisit sebanyak RM42.65 juta berbanding RM45.61 juta, tahun lepas.

Ketika membentangkan bajet bertemakan 'Kelantan Sejahtera Untuk Islam,' Menteri Besar Datuk Ahmad Yakob berkata kerajaan negeri juga menyasarkan perolehan hasil sebanyak RM636.98 juta.

Perbelanjaan mengurus bagaimanapun dijangka meningkat RM40.22 juta kepada RM679.63 juta pada 2017 berbanding RM639.41 juta pada 2016.
"Peruntukan pembangunan bagi 2017 adalah sebanyak RM281.61 juta iaitu RM191.61 juta di bawah peruntukan negeri manakala RM90 juta menerusi sumber pinjaman," katanya pada Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan di Kompleks Kota Darul Naim.

Ahmad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pentadbiran Awam, Perancangan Ekonomi, Pelaburan dan Kewangan Negeri berkata anggaran hasil negeri pada 2017 meliputi perolehan cukai sebanyak RM179.67 juta, hasil bukan cukai (RM308.02) juta serta terimaan bukan hasil (RM149.29 juta).

"Jumlah itu menunjukkan peningkatan hasil sebanyak RM43.18 juta atau 7.27 peratus berbanding dengan anggaran hasil tahun 2016 sebanyak RM593.80 juta.

"Hasil hutan kekal penyumbang terbesar sebanyak RM177.20 juta atau 27.81 peratus daripada jumlah hasil, meningkat RM4.25 juta berbanding anggaran sebanyak RM172.96 juta pada 2016," katanya.

Menurut Ahmad, hasil hutan lain meliputi royalti kayu-kayan dijangka menyumbang RM30 juta, bayaran jabatan hutan (RM22 juta), permit lesen perhutanan (RM1.5 juta) dan premium perhutanan (RM70 juta).

Hasil tanah adalah penyumbang kedua terbesar sebanyak RM157.91 juta iaitu peningkatan 15.2 peratus berbanding RM136.97 juta dianggarkan pada 2016.

"Ia termasuk pungutan cukai tanah sebanyak RM46.54 juta dan premium tanah (RM55 juta).

"Perlombongan dijangka menyumbang hasil RM70 juta atau 10.99 peratus daripada keseluruhan hasil iaitu meningkat 0.63 peratus berbanding anggaran RM62.5 juta pada 2016.

"Hasil air pula dijangka menyumbang RM13 juta yang menyamai anggaran 2016," katanya.

Ahmad berkata terimaan agensi kerajaan menyumbang sejumlah RM112.48 juta, terimaan Lain-lain (RM99.53 juta), hasil pelaburan (RM4.56 juta) manakala hasil rumah awam kos rendah RM2.29 juta.

Anggaran perbelanjaan mengurus pada 2017 merangkumi perbelanjaan tanggungan sebanyak RM21.48 juta dan perbelanjaan bekalan sebanyak RM658.15 juta.

"Sejumlah RM359.52 juta atau 52.9 peratus adalah untuk pemberian dan 'kenaan' tetap, emolumen (RM194.16 juta), perkhidmatan atau bekalan (RM109.25 juta), aset (RM14.49 juta) manakala lain-lain perbelanjaan RM2.21 juta," katanya.

- Bernama

Lihat Komen
ADS