Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
story images
story images
story images
mk-logo
Berita
Sultan Johor titah pesakit ICU ditempatkan di Wad Diraja
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 3:32 PM
Dikemaskini: 7:34 AM

Sultan Johor, Sultan Ibrahim Iskandar hari ini menitahkan supaya pesakit di wad Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Aminah (HSA) di Johor Bahru yang terjejas dalam kebakaran pagi tadi ditempatkan di Wad Diraja hospital berkenaan.

Menteri Besar, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, berkata Sultan Johor turut menzahirkan rasa dukacitanya kepada keluarga mangsa yang terbabit insiden itu.

"Tuanku membenarkan buat sementara penggunaan Wad Diraja bagi pesakit di ICU.

"Sultan Johor amat mengambil berat dan meminta laporan penuh serta mahu supaya usaha membaik pulih HSA dilakukan dengan segera," katanya yang dipetik portal Berita Harian Online.

Baginda bertitah demikian selepas berkenan melawat dan melihat sendiri situasi di hospital itu pada jam 1.50 petang tadi.

Dalam kebakaran pagi tadi, di tingkat dua wad ICU, hospital berkenaan, enam pesakit dilaporkan terbunuh dan seorang lagi terselamat.

Lihat Komen
ADS