Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
K'jaan 'tampung' kos sewa rumah belia jika tak cukup

Kerajaan sedang mempertimbangkan untuk 'menampung' kekurangan dalam kutipan sewa oleh pemaju swasta yang membina rumah sewa untuk para belia yang mempunyai pekerjaan tetap, kata Menteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Tan Sri Noh Omar.

Ia adalah sebahagian daripada usaha kerajaan untuk menggalakkan penyertaan pemaju swasta dalam projek perumahan untuk belia seperti yang diumumkan dalam Bajet 2017 pada Jumaat lalu, kata Noh semasa sidang media majlis pelancaran unit jualan Ceylonz Suites di Kuala Lumpur, hari ini.

"Katalah jika pulangan sepatutnya RM3 juta setahun dan mereka (pemaju swasta) hanya mendapat RM2.5 juta sahaja, maka mungkin kerajaan akan menampung kekurangan itu," jelas Noh.

Menurut Noh, kementeriannya telah memperuntukkan sebidang tanah seluas 13 ekar di Mukim Batu dekat Gombak untuk fasa pertama projek tersebut yang terdiri daripada 4,000 unit kediaman bersaiz satu dan dua bilik.

Beliau berkata, pihak pemaju swasta akan bertanggungjawab sepenuhnya untuk membina, mengurus dan mengutip sewa bagi rumah-rumah berkenaan di bawah sistem 'bina-sewa-pindahan' dengan rumah-rumah berkenaan akan diserahkan kepada kerajaan selepas 20 hingga 25 tahun setelah sasaran pulangan dicapai.

"Mereka akan uruskannya dan kutip sewa.

"Anda tidak boleh harap kerajaan untuk kutip sewa atau ia akan menjadi masalah," kata Noh ketika ditanya bagaimana kerajaan merancang untuk memastikan para penyewa membayar sewa.

"Tetapi para penyewa dan kadar sewa akan ditentukan oleh kerajaan Persekutuan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS