Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Tukar tarikh undian rumah PR1MA, gesa Pemuda MIC
Diterbitkan:  Oct 25, 2016 6:56 PM
Dikemaskini: 11:03 AM

Pemuda MIC menggesa Perbadanan PR1MA Malaysia (PR1MA) menukar tarikh undian bagi unit rumah PR1MA di Hotel Grand Kampar, Perak yang sebelum ini ditetapkan pada sambutan Hari Deepavali, 29 Okt.

Ketuanya C. Sivarraajh dalam kenyataan di sini, hari ini berkata beliau terkejut dengan sikap tidak sensitif lembaga perumahan PR1MA untuk mengadakan undian pada hari penganut Hindu merayakan 'Pesta Cahaya'.

Beliau berharap undian itu diadakan pada hari lain yang penganut Hindu ada masa untuk mengambil bahagian dalam undian unit perumahan PR1MA itu.

"Banyak penganut Hindu yang berasa amat gembira terpilih untuk rumah itu namun kemudiannya berasa kecewa apabila mereka menyedari tarikh ditetapkan untuk undian, jatuh pada hari Deepavali, hari cuti umum.

"Kami (MIC) mahu tarikh itu ditukar dengan kadar segera," katanya.
Sivarraajh berkata sukar bagi penganut Hindu untuk menghadiri sesi undian itu kerana pada masa sama mereka perlu menjalani upacara agama pada hari kebesaran mereka.

- Bernama

Lihat Komen
ADS