Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Ambiga: Senarai hitam firma pro-BERSIH bukan perkara baru

Peguam kanan Datuk Ambiga Sreenevasan hari ini berkata kerajaan telah menyenarai hitam firma undang-undang yang menyokong BERSIH untuk sekian lama.

Namun, katanya Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan hanya membuat pengumuman rasmi mengenainya baru-baru ini.

"Ugutan untuk menyenarai hitam syarikat dan firma itu tidak mengejutkan. Ia bukan perkara baru.

"Mereka hanya mengumumkannya sekarang sedangkan kita percaya amalan itu telah dilaksanakan sekian lama," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

"Tambahan pula, apa yang boleh kita katakan mengenai kebebasan GLC kita sedangkan seorang menteri boleh menentukan dengan siapa yang mereka perlu mempunyai kontrak?" soalnya.

Ambiga, yang kini mewakili Pengerusi BERSIH, Maria Chin Abdullah dalam usahanya untuk membatalkan sekatan perjalanan Jabatan Imigresen ke atasnya di mahkamah.

Abdul Rahman, semalam berkata, kerajaan akan menyenarai hitam firma-firma undang-undang yang berkaitan dengan BERSIH daripada menyediakan perkhidmatan kepada kerajaan atau syarikat berkaitan kerajaan.

Beliau juga meminta Unit Perancangan Ekonomi (EPU) dan Unit Kerjasama Awam Swasta (UKAS) untuk tidak lagi menganugerahkan kontrak kerajaan kepada mana-mana syarikat yang mempunyai kaitan dengan BERSIH.

Sementara itu, peguam kanan Honey Tan, yang mewakili Maria ketika beliau didakwa gagal memberii notis kepada polis berhubung perhimpunan BERSIH 4, berkata dirinya tidak akan memutuskan hubungan dengan badan reformasi pilihan raya itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS