Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Para peminjam Jepun dan sebuah dana lindung-nilai telah memeterai satu perjanjian untuk menyelamatkan Lynas Corp Australia, satu-satunya pengeluar nadir bumi di luar China, dengan memotong kos faedah dan memberinya 'ruang bernafas' hampir empat tahun bagi membayar hutangnya.

Syarkat milik negara Jalan Oil, Gas and Metals Corp (Jogmec) dan Sojitz Corp mahu memastikan bekalan nadir bumi dari luar China yang merupakan pengeluar terbesar bahan itu di dunia untuk telefon pintar, komputer dan kereta.

Lynas yang mengalami kerugian, menggesa para pemegang saham hari ini untuk meluluskan penyusunan semula hutangnya itu, walaupun pegangan mereka boleh mengecut kerana tawaran itu membolehkan firma dana lindung-nilai Mount Kellett yang berpangkalan di New York membeli lebih banyak saham dalam syarikat itu dan menetapkan harga yang lebih rendah bagi menukar bonnya kepada ekuiti.

Walau apa pun potensi pencairan itu, para pengarah Lynas telah membuat kesimpulan bahawa kelulusan kepada pindaan yang dicadangkan itu penting untuk membantu operasi berterusan perniagaan Lynas, kata syarikat itu dalam satu kenyataan kepada bursa saham Australia.

Saham Lynas melonjak sehingga 17 peratus selepas pengumuman tersebut, pada AS6.2 sen sesaham. Nilai saham syarikat itu memuncak kepada A$2.70 sesaham pada tahun 2011 apabila harga nadir bumi melonjak berikutan pembendungan eksport dari China.

Di bawah perjanjian itu, Lynas tidak perlu membuat sebarang pembayaran balik tetap bagi AS$203 juta yang ia masih berhutang kepada Sojitz dan Jogmec sehingga 2020. Ia sebelum ini berdepan dengan pembayaran balik sehingga 2018.

Jepun, yang mahu memastikan Lynas kekal berdaya maju berikutan kejatuhan sebuah lagi satu-satunya pengeluar nadir bumi lain di luar China, firma Amerika Molycorp, juga telah bersetuju untuk memotong faedah ke atas pinjaman mereka, daripada 6 peratus kepada 2.5 peratus.

Pada masa yang sama, Mount Kellett bersetuju untuk memotong kadar faedah ke atas AS$225 juta bon yang boleh ditukar (convertible bonds) daripada 2.75 peratus kepada 1.25 peratus.

Perjanjian tersebut perlu diluluskan oleh Lembaga Kajian Pelaburan Asing Australia.

- Reuters

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS