Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Penganalisis politik Abdul Razak Baginda hari ini membayangkan pihaknya akan membuat bantahan ke atas pindaan kenyataan Shaariibuu Setev dalam saman sivil berkaitan pembunuhan Altantuya Shaariibuu.

Peguam Abdul Razak, Kuan Chee Foo memberitahu Mahkamah Tinggi Shah Alam, mereka akan memfailkan afidavid balas untuk tujuan itu.

"Kami akan memfailkan afidavit balas tidak lama lagi," katanya ketika ditemui Malaysiakini.

Peguam kanan persekutuan Tengku Intan Suraya Tengku Ismail yang mewakili kerajaan sebagai defendan keempat berkata pihaknya tidak akan membantah permohonan Shaariibuu.

Peguam Ramkarpal Singh memberitahu hakim Datuk Ahmad Nasfy Yasin menetapkan 16 Disember ini untuk menetapkan keputusan terhadap permohonan pindaan Shaariibuu.

Ramkarpal yang juga anggota parlimen Bukit Gelugor turut memaklumkan secara rasmi kepada mahkamah bahawa firma guamannya berjaya menyerahkan permohonan meminda kenyataan itu kepada defendan kedua, Sirul Azhar Umar di Pusat Tahanan Imigresen Villawood di Sydney, Australia.

"Permohonan itu diserahkan kepada Sirul selepas Kementerian Luar pada tahun lalu tidak menghubungi kami untuk memaklumkansama ada mereka berjaya menyerahkan dokumen berkenaan kepadanya atau tidak," katanya.

Shaariibuu memfailkan saman RM100 juta ke atas bekas anggota polis, Azilah Hadri dan Sirul, Abdul Razak serta kerajaan pada 2007 ekoran kematian anaknya, Altantuya, yang dibunuh antara 18 Oktober dan 19 Oktober 2006 berhampiran Puncak Alam.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS