Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata beliau tidak melantik diri sendiri ke jawatan itu dan membawa aib kepada parlimen.

Menjawab kritikan dibuat Lim Lip Eng (DAP-Segambut), Pandikar berkata beliau dicalonkan menjadi speaker dan pilih selepas melalui proses undian anggota dewan.

"Saya bukan datang ke sini dari kampung, lepas tu saya lantik diri saya sendiri.

"Saya tidak masuk bakul angkat sendiri," katanya menjelaskan dengan lembut di Dewan Rakyat hari ini.

Semalam Lim mengecam Pandikar selepas kedua-dua mereka bertekak berkenaan isu ketetapan dibuat speaker terbabit berhubung soalan-soalan berkaitan saman sivil Jabatan Kehakiman (DOJ) AS.

Menurut Lim, dia dihalau keluar dari kamar khas oleh Pandikar sebelum sempat membahaskan usul khas di bawah Peraturan Mesyuarat 17.

"Sebelum saya bercakap, Pandikar menyuruh saya untuk duduk dan dia mula memberi 'syarahan' kepada saya.

"Dia berkata, saya telah menghinanya di luar dewan dengan membuat sidang media. Kenyataan terakhir yang saya buat ialah mengenai subjudis," katanya.

Kalau malu, semua letak jawatan

Selepas itu, Lim berkata, mereka saling menjerkah antara satu sama lain sebelum dia dihalau keluar.

"Kemudian dia menghalau saya keluar. Sebelum saya berjalan keluar dia menjerit kepada saya dan saya jerit balik kepada dia. Saya cakap, kami telah dipilih oleh rakyat tetapi dia dilantik oleh MO1.

"Kemudian dia jerit kepada saya lagi, dan saya berjalan keluar," kata Lim.

MO1 merujuk kepada Malaysian Official 1 iaitu individu tidak dinamakan dalam saman sivil DOJ ke atas syarikat pelaburan milik kerajaan, 1MDB.

Kata Pandikar orang yang melantinya ke jawatan itu oleh anggota parlimen yang dipilih oleh rakyat melalui pilihan raya.

Justeru katanya adakah memalukan apabila beliau cuma menjalankan tugas mengikut bidang kuasa yang ada padanya ke atas anggota parlimen yang melanggar peraturan.

"Ahli yang berhormat semua beritahu saya. Jika saya memalukan, maka saya mesti berundur kerana saya mengaibkan.

"Tetapi jika saya buat begitu kita semua mesti meletak jawatan kerana kita semua memalukan," katanya.

Sementara itu timbalan speaker Datuk Ronald Kiandee menjelaskan tindakan ke atas Lim semalam tidak mempunyai jangka masa khusus.

Disebabkan itu katanya mengikut peraturan mesyuarat pengganungan Lim adalah selama dua hari dan akan tamat esok.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS