Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
'Gula-gula' Najib umpama candu ekonomi, kata Muhyiddin

Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini 'mengucapkan tahniah' kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak untuk bijak menggunakan sumber-sumber untuk mewujudkan persepsi bahawa segala-galanya baik.

"​Saya ingin mengucapkan tahniah juga kepada Perdana Menteri.

"Beliau pandai menggunakan sumber yang ada untuk membina persepsi bahawa semuanya berada dalam keadaan yang baik," kata bekas timbalan perdana menteri itu kepada Dewan Rakyat.

Muhyiddin berkata, Najib telah menawarkan banyak 'gula-gula' kepada orang ramai dan menyamakan pemberian tersebut dengan dadah.

"Ia umpama candu ekonomi untuk membuatkan orang khayal sebentar dibuai mimpi yang indahindah. Sedangkan penyakit sebenar ekonomi negara kita tidak dirawat," kata beliau yang juga presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU).

Namun, Muhyiddin tidak memperincikan apa yang beliau maksudkan sebagai 'gula-gula' itu.

Antara imbuhan yang diumumkan oleh Najib semasa membentangkan Bajet 2017 termasuklak kenaikan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M), elaun untuk para imam yang lebih tinggi selain bantuan bayaran khas sebanyak RM500 kepada kakitangan awam.

Terdahulu dalam permulaan ucapannya, anggota parlimen Pagoh itu diberi peringatan oleh Timbalan Speaker Datuk Ismail Mohamad Said untuk tidak menyentuh mengenai perkara-perkara subjudis.

Ia adalah seperti 1MDB, saman oleh Jabatan Keadilan (DOJ) Amerika Syarikat yang membabitkan 1MDB serta skandal RM2.6 bilion.

Ekoran daripada itu, Muhyiddin melangkaui beberapa bahagian tertentu dalam ucapan bertulisnya - salinan awal yang disediakan kepada media - selain turut mengubah kebanyakan rujukan dari Malaysia Official 1 (MO1) kepada sama ada Pekan - kawasan Najib - atau Perdana Menteri.

Bagaimanapun, beliau masih mempersoalkan bagaimana kerajaan akan membayar hutang 1MDB.

"MO1 tidak menjelaskan secara terperinci bagaimana hutang-piutang ini hendak dibayar oleh kerajaan," katanya.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS