Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
mk-logo
Berita
Pua minta pengerusi PAC semak rekod kehadirannya
Diterbitkan:  Oct 27, 2016 11:43 AM
Dikemaskini: 3:46 AM

Anggota parlimen Petaling Jaya Utara Tony Pua membidas Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara Datuk Hasan Arifin.

Pua berkata kenyataan Hasan semalam membayangkan beliau biasa tidak hadir mesyuarat.

“Kamu boleh semak rekod kehadiran saya dalam mesyuarat PAC sejak 2008,” katanya.

Pua berkata, selain pengerusi yang menetapkan tarikh mesyuarat, beliau berani katakan tiada orang lain yang kadar kehadiran lebih baik daripada beliau.

Pua menulis di Facebook malam tadi ketika mengulas kenyataan Hasan ketika ditanya berkaitan kemungkinan terdapat pemulauan terhadap mesyuarat PAC semalam.

Mengenai kehadiran Pua, Hasan berkata: "Biasalah dia."

Pua berkata beliau tidak hadir mesyuarat sejak tindakan kontroversi Hasan menyunting laporan akhir PAC berkaitan PAC.

Hasan secara unilateral memadamkan bahagian yang menyatakan Bank Negara memaklumkan kepada PAC bahawa Good Star Ltd dimiliki oleh individu yang tidak mempunyai kaitan dengan kumpulan PetroSaudi.

Good Star kemudian dilapor dimiliki oleh hartawan kelahiran Pulau Pinang, Jho Low, yang menurut pihak berkuasa Amerika menyelewengkan dana 1MDB.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS