Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Maria Chin Abdullah hari ini mengumumkan pusat perhimpunan BERSIH 5 yang akan diadakan pada 19 November ini ialah di Dataran Merdeka.

Ia bukan sesuatu yang baru kerana memang kebiasaannya pertubuhan pendesak reformasi pilihan raya itu menetapkan kawasan berkenaan sebagai pusat perhimpunan mereka.

Maria yang juga pengerusi BERSIH 2.0 bagaimanapun berkata butiran lain tidak akan didedahkan buat masa ini dan menyatakan pengumuman rasmi mengenainya akan dibuat minggu depan.

Sementara itu Timbalan Pengerusi BERSIH 2.0 Shahrul Aman Mohd Saari merayu supaya orang ramai menghulurkan derma kepada pertubuhan berkenaan bagi menjayakan himpunan akan datang.

Katanya mereka menyasarkan mengutip RM500,000 bagi membiayai dan menjayakan BERSIH 5.

Kali terakhir BERSIH diadakan di Dataran Merdeka ialah pada 29 dan 30 Ogos tahun lalu.

[Berita lanjut menyusul]

Lihat Komen
ADS