Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini
story images
story images
mk-logo
Berita
Pandikar tegur rujuk parlimen barat, tapi tak ikut amalannya

Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin Mulia hari ini menegur sikap sesetengah anggota parlimen yang bercakap berkaitan amalan parlimen-parlimen di barat tetapi bertindak sebaliknya.

“Kita selalu kata kita negara demokratik, kita patut ikut bagaimana negara demokratik berjalan.

“Tetapi kita tidak berkelakuan seperti anggota-anggota parlimen yang kita rujuk itu.

“Dalam Dewan Rakyat British, tiada MP yang keluar ketika pembentangan belanjawan, tidak pernah,” kata Pandikar dalam sidang media di parlimen hari ini.

Beliau merujuk kepada tindakan anggota parlimen pembangkang keluar dewan ketika Menteri Kewangan Datuk Seri Najib Razak membentangkan Belanjawan 2017 Jumaat minggu lepas.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS