Paling Popular
Terkini
Lagi berita seperti ini

Kemelut yang membelenggu penganjuran Penang Run tahun ini setelah dijadualkan diadakan sehari selepas perayaan Deepavali berterusan apabila penganjur acara itu membidas Gerakan kerana mempolitikkannya.

Dalam kenyataan hari ini, jurucakap ActifeStyle Concept Andrew Loh mengkritik Gerakan kerana mempolitikkan acara itu walaupun beliau memohon maaf atas penganjuran acara tersebut pada 30 Oktober.

"Saya tidak faham mengapa Gerakan terus mempolitikkan acara Penang Run 2016 dengan menyerangnya tetapi berdiam diri ketika acara yang sama diadakan ketika hari Thaipusam," jelas Loh.

"Penganjur atau mana-mana pihak tidak memohon maaf atas menganjurkan Penang Run 2013 pada hari Thaipusam.

"Gerakan tidak mengkritik mahupun meminta penganjur Penang Run 2013 memohon maaf kerana mengadakan acara tersebut pada Hari Thaipusam," ujarnya lagi.

Kata Loh, beliau tidak mahu terseret sebegitu jauh dalam kancah 'permainan politik' oleh Gerakan yang menggunakan isu Penang Run 2016 sebagai modal untuk menyerang kerajaan negeri pulau mutiara itu.

Pada masa yang sama, beliau turut berharap agar kesemua 1,780 peserta termasuk 56 wakil India (lebih 38 peserta India ketika acara itu berlangsung pada Julai tahun ini) dibenarkan untuk mempromosikan objektif acara itu bagi menggalakkan gaya hidup sihat dan bersih di Pulau Pinang.

Beliau turut mengulangi bahawa kerajaan negeri Pulau Pinang bukan penganjur dan MBPP hanyalah bertindak sebagai penyedia bantuan teknikal dengan ActifeStyle selaku penganjur utama acara itu.

[Baca berita penuh]

Lihat Komen
ADS