Paling Popular
Terkini
mk-logo
Berita

Anggota-anggota Parlimen tidak akan mendapat buku kecil yang dilengkapi semua jawapan Parlimen kepada soalan-soalan lisan yang tidak dijawab pada setiap hari dalam sesi persidangan kali ini, sekurang-kurangnya buat masa sekarang.

Speaker Tan Sri Pandikar Amin Mulia berkata, langkah sedemikian mampu mengurangkan kos dan juga ruang.

"Sebahagian daripada (para anggota Parlimen) tidak ada ruang di atas meja mereka. Jadi, mereka letakkannya di bawah meja.

"Sebahagian daripada kakitangan saya terpaksa bekerja sehingga 1 pagi untuk susun buku-buku dan mereka terpijaknya," ujar Pandikar semasa sidang akhbar di bilik resepsi Parlimen, hari ini.

Sebaliknya, jelas beliau lagi, anggota Parlimen hanya akan mendapatkan jawapan bertulis kepada soalan-soalan mereka sendiri sahaja.

Ini kerana, tambah Pandikar, hanya beberapa anggota Parlimen yang berminat untuk mendapatkan keseluruhan buku.

Bagaimanapun, ujar beliau, langkah tersebut bukan keputusan akhir mengenai perkara itu.

Pandikar turut menambah, buku tersebut akan diberikan kepada media dan memberikan indikasi bahawa mungkin berlaku anjakan untuk menjadikan jawapan bertulis itu tersedia di dalam talian.

Buku kecil jawapan Parlimen mengandungi jawapan kepada soalan-soalan lisan yang dikemukakan oleh anggota Parlimen yang tidak berkesempatan untuk berbuat demikian semasa Masa Soal Jawab yang berlangsung antara jam 10 pagi sehingga 11.30 pagi.

Di banyak negara lain seperti Singapura dan United Kingdom, Parlimen mereka telah mula menyediakan jawapan balas bertulis itu di dalam talian.

[Baca berita asal]

Lihat Komen
ADS